SEKITAR IHYA RAMADHAN

Monday, November 9, 2009

MENGHAFAL MUFRADAT


MURID YANG MENERIMA HADIAH SEMPENA UJIAN MENGHAFAL MUFRADAT

seramai 5 orang murid telah berjaya mengahafal mufradat yang telah disediakan oleh guru Bahasa Arab SKTM. mereka telah mendapat markah yang cemerlang dan diberi hadiah di atas usaha yang bersungguh-sungguh dalam menghafal kalimah bahasa Arab.
mubarak alaikum

Wednesday, November 4, 2009

MUBARAK : 11 MURID 2B1 BERJAYA CAPAI 100%


Murid-murid 2B1 dengan kertas jawapan Bahasa Arab mereka.

Alhamdulillah, Syukur. Seramai 11 Murid 2B1 berjaya memperolehi markah 100% dalam peperiksaan akhir tahun 2009 yang dijalankan baru-baru ini. kejayaan mereka turut dikongsi sama dengan rakan sekelas yang lain. selain itu mereka juga turut diberikan cenderahati dari guru bahasa Arab kelas tersebut.

mereka yang mendapat kejayaan tersebut ialah : Mohd Nur Izzat, Mohd Izzudin, Nor Aliyah, Nor Azwani, Nur Afiqah Batrisya, Nur Aina Sofea, Nur Husna Hazrina, NurSyazmira, Nurul Izzah, Yusni Syazwani dan Nur Rashidah.

mereka juga akan menerima hadiah sempena hari Anugerah Kecemerlangan atas kejayaan yang mereka raih itu.

semoga mereka dapat mengekalkan prestasi cemerlang di masa akan datang dan menjadi contoh kepada murid lain.
Syabas diucapkan

Sunday, October 25, 2009

SELAMAT MENJALANI IMTIHAN NIHAIE (AKHIR TAHUN)


MURID 1B1 SEDANG MENJAWAB SOLAN PEPERIKSAAN DENGAN TEKUN


MURID 1B3 ; SITI ZULAIKA MENJAWAB KERTAS BAHASA ARAB


ANSARULLAH SEDANG MENELITI JAWAPAN BAHASA ARAB

Thursday, October 8, 2009

KEM LITERASI IQRA'


seorang murid ceria mengikuti literasi Al-Quran


Ary Fitri sedang menjalani "pemulihan" bersama ustaz Khairudin

seramai 15 murid tahun 4 dan 5 SKTM dipilih untuk menyertai kem Literasi Iqra bermula hari rabu sehingga Khamis minggu hadapan, sasaran untuk murid ini adalah dapat membaca Iqra 4. adalah diharapkan Program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap bacaan murid sasaran

Monday, October 5, 2009

PNP Ulum Syariah, Sejarah ringkas Al-Quran


Murid-murid sedang tekun menulis nota yang deberikan oleh Ustazah Fauziyah

Ustazah Raenah sedang menyemak hasil kerja murid

erti Al-Quran - Kalamullah
Al-Quran adalah mukjizat paling agung Nabi Muhamad

Thursday, October 1, 2009

آNabi Muhammad : Pembawa petunjuk Agama yang benar



33. Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) Dengan membawa petunjuk dan ugama Yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikanNya atas Segala ugama Yang lain, Walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

Attaubah 33

Wednesday, September 16, 2009

ALUNAN ZIKIR KUMPULAN PUTERI ANEQAH


Kumpulan zikir munajat dengan pakaian beragam mereka menarik perhatian penonton

Aktiviti Ehya' Ramadhan


kumpulan Zikrullah sedang mengalunkan zikir munajat yang syahdu

Ahmad Fitri :Ada bakat Muazzin Masjid Negara satu hari nanti, Insya Allah, hasil didikan ustaz, ustazah SK Teluk Medan

IJTIMAK AKHIR RAMADHAN


En Shoyef Bin Tukiman, Guru besar SK Teluk Medan sedang menyampaikan sumbangan hari raya kepada seorang anak yatim yang belajar di sini

murid SK Teluk Medan tekun mendengar ucapan sempena perhimpunan akhir Ramadhan

Encik Azizan, Guru bertugas mingguan menyampaikan ucapan aluan pada perhimpunan ini.

Tuesday, September 15, 2009

DIA LEBIH TERUJA DARI YANG LAIN




Setiap soalan yang ku lontar pada murid murid 1B3, dia lebih kuat suaranya, berbanding murid lain. tepat jawapannya berbanding temannya yang lain. lebih teruja dengan setiap mauduk baru yang ku ajarkan. Dialah Ma Xiu yie. kenapa bukan yang lain?

Monday, September 14, 2009

Solat Tarawih

Malam bulan ramadhan diberi ibadah bonus untuk melakukan solat sunat tarawih, solat ini tidak terdapat dalam bulan lain. ayuh rebut peluang ini. jangan pula kita yang mengganggu jemaah lain solat dengan suara kita ataupn letusan mercun bola dan sebagainya,
selamat beribadat

Sunday, September 13, 2009

Bulan Ramadhan Bulan Infak (sedekah)





























Semangat Ehya Ramadhan membara dikalangan murid-murid SK Teluk Medan dengan menghulur sumbangan dalam tabung Ramadhan untuk membantu teman-teman mereka yang ketiadaan ayah ibu tempat bergantung. setipa sen yang disumbangkan semata mengharap keredhaan Allah dan juga Syurga-Nya, dan mengharap terlepas dari kemurkaan Allah dan Neraka-Nya. Taqabalallahu minkum, minna wa minkum taqabbal ya kareem. ameen

Monday, September 7, 2009

اهلان وسهلا يا رمضان

Assalamualaikum,
Ramadhan makin hampir ke penghujungnya, jangan siakan peluang yang masih ada untuk mendapatkan redha Allah dan SyurgaNya, dan minta dijauhi dari kemurkaan Allah dan a zab api neraka

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP