SEKITAR IHYA RAMADHAN

Monday, November 9, 2009

MENGHAFAL MUFRADAT


MURID YANG MENERIMA HADIAH SEMPENA UJIAN MENGHAFAL MUFRADAT

seramai 5 orang murid telah berjaya mengahafal mufradat yang telah disediakan oleh guru Bahasa Arab SKTM. mereka telah mendapat markah yang cemerlang dan diberi hadiah di atas usaha yang bersungguh-sungguh dalam menghafal kalimah bahasa Arab.
mubarak alaikum

Wednesday, November 4, 2009

MUBARAK : 11 MURID 2B1 BERJAYA CAPAI 100%


Murid-murid 2B1 dengan kertas jawapan Bahasa Arab mereka.

Alhamdulillah, Syukur. Seramai 11 Murid 2B1 berjaya memperolehi markah 100% dalam peperiksaan akhir tahun 2009 yang dijalankan baru-baru ini. kejayaan mereka turut dikongsi sama dengan rakan sekelas yang lain. selain itu mereka juga turut diberikan cenderahati dari guru bahasa Arab kelas tersebut.

mereka yang mendapat kejayaan tersebut ialah : Mohd Nur Izzat, Mohd Izzudin, Nor Aliyah, Nor Azwani, Nur Afiqah Batrisya, Nur Aina Sofea, Nur Husna Hazrina, NurSyazmira, Nurul Izzah, Yusni Syazwani dan Nur Rashidah.

mereka juga akan menerima hadiah sempena hari Anugerah Kecemerlangan atas kejayaan yang mereka raih itu.

semoga mereka dapat mengekalkan prestasi cemerlang di masa akan datang dan menjadi contoh kepada murid lain.
Syabas diucapkan

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP